Punca Sebenar Harga Pemain Kedah Rizal Ghazali Menjangkau Hingga 5 Juta Terjawab


PENUTUP tirai Liga Malaysia (Liga M) musim ini diwarnai dengan kemunculan seorang wira yang membantu pasukannya, Kedah muncul juara untuk merangkul trofi tertua di Asia Tenggara selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan kelmarin.
Mohd. Rizal Mohd. Ghazali yang merupakan pemain terbaik perlawanan akhir menyempurnakan sepakan penalti terakhir skuad Helang Merah kini menjadi sebutan peminat dan buruan beberapa kelab dalam saingan Liga M yang dikatakan mampu membayar yuran perpindahan RM5 juta.
“Bila menjadi pemain terbaik, nilainya semakin tinggi. Cuma bagi pihak KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), kita masih belum menerima sebarang tawaran sedemikian. Sama ada dia (Rizal) mahu berhijrah jika ada tawaran itu, bergantung pada pemain itu sendiri.
“Susah saya nak cakap. Kalau saya kata benar (mengenai harga Rizal sebanyak RM5 juta), mungkin ia menjadi bahan ketawa tetapi apa yang boleh saya katakan, Kedah masih lagi mengharapkan khidmatnya,” ujar Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan