Dok Drama Kehidupan (Elly Mazlein) Je Dekat Atas Pentas Kita Bukan Nak Tengok Drama - Ogy Ahmad Daud



Perjuangan Elly Mazlein dalam program Gegar Vaganza 3 semalam terhenti apabila diumumkan tersingkir di akhir rancangan. Rata-rata peminat Elly Mazlein nyata tidak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut dan meminta pihak Astro memasukkan semula penyanyi kesayangan mereka.
Namun disebalik berita penyingkiran itu ada sesuatu yang hangat diperkatakan netizen. Elly Mazlein mengakui meminta untuk menarik diri daripada pihak Astro.
Bertambah kecoh apabila seorang artis senior meninggalkan komen tentang penyingkiran Elly Mazlein ini. Habis kena hentam dengan netizen!

Memang dia patut keluar – Ogy

ohbulanogyelly1
Pada mulanya Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy memuatnaik foto memuji persembahan salah seorang peserta Gegar Vaganza.
Ogy sempat berbalas komen dengan peminatnya namun semua jadi ‘huru-hara’ bila dia berbicara tentang Elly Mazlein dengan pengikutnya.

Dihentam netizen

ohbulanogyelly2
Netizen yang tidak berpuas hati dengan komen Ogy bertindak menyerang artis senior itu beramai-ramai. Pelbagai pendapat dan pandangan diluahkan. Al maklum lah masing-masing tak berpuas hati dengan penyingkiran Elly yang dilaporkan terasa hati dengan Datuk Ramli MS

Berhak tulis apa sahaja – Ogy

ohbulanogyelly3
Namun tak kurang juga ada yang menyokong kata-kata Ogy. Ogy juga sempat meninggalkan pesanan bahawa dia berhak menulis apa sahaja di akaun Instagram miliknya.
Sementara itu di Twitter pula ramai memberitahu tidak lagi dapat melihat Instagram Ogy kerana telah di’block’. Nasib korang lah!
Sumber : Ogy Ahmad Daud & http://www.ohbulan.com/

1 ulasan:

  1. Betul.....Ogy berhak membuat DOSA dengan terang2. May Allah have mercy on you Ogy Ahmad Daud.

    BalasPadam