Setelah Dikhabarkan Akan Berpindah Ke JDT Akhirnya Liridon Krasniqi Jawab Status Bersama Kedah Musim Depan

0
COM
Liridon Krasniqi

PELBAGAI khabar angin mengenai masa depan Liridon Krasniqi bersama pasukan Kedah tersebar sejak pertengahan musim lalu apabila sebuah pasukan gergasi dari selatan didakwa berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Walaupun tiada pengesahan, namun khabar angin itu terus menjadi 'buah mulut' khususnya penyokong Kedah kerana kontrak pemain berkenaan akan berakhir selepas tamat aksi Piala Malaysia musim ini.
Bagaimanapun, pemain import dari Kosovo yang banyak menabur bakti kepada skuad hijau kuning itu kelihatan tenang apabila ditanya mengenai statusnya bersama Kedah untuk musim depan.
"Jika ada tawaran saya akan kekal," jawabnya ringkas kepada mStar Online.
Tambah Krasniqi, dirinya dan Kedah tidak dapat dipisahkan sejak menyertai pasukan itu pada April tahun lalu kerana dapat menyesuaikan diri di negara ini.
"Kedah adalah pasukan profesional pertama yang saya dapat mengumpul pelbagai kejayaan dan pengalaman manis. Penyokongnya juga menakjubkan.
"Saya juga tidak lupakan keprihatinan pemain, barisan jurulatih dan pegawai KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) yang banyak membantu dan memberi peluang kepada saya untuk menjadi lebih baik.
"Saya juga terharu apabila ada penyokong yang sanggup menamakan anaknya sempena nama saya," jelasnya.
Menurutnya, dia juga selesa dengan kehidupan masyarakat tempatan dan kemudahan untuk beribadat di negara ini khususnya Kedah berbanding di Vietnam sebelum diterbangkan ke Alor Setar.
Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu ini, Krasniqi berkata, pemain Kedah mempunyai misi tersendiri untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini selepas kecewa pada tahun lalu.
"Saya sendiri juga mahukan kemenangan untuk menebus kembali kekalahan kami pada final musim lalu. Inilah peluang yang perlu kami guna sebaik mungkin.
"Doa dan sokongan penyokong akan bersama kami dalam perlawanan ini," ujarnya.

Inilah Respon Mengejutkan Pembeli Nasi Lemak Anak Dara Setelah Makan Nasi Lemak Tersebut

0
COM

                                                         baca respon dibawah

Setelah 15 Tahun Berlalu, Inilah PERUBAHAN Terkini Permaisuri Siti Aishah Yang Ramai Tidak Tahu!

0
COM

 
 
KUALA LUMPUR: Setelah 15 tahun berlalu, kini Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman selesa ‘menyamar’ di kalangan rakyat jelata. Walaupun pernah bergelar Raja Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman suatu ketika dulu, kini beliau selesa dengan kehidupan sekarang.
Lapor Bernama, wanita itu kini betah menjalani kehidupan sebagai seorang wanita ‘single’ yang berdikari, jauh daripada teduhan payung kuning dan kawalan pagar istana.
Permaisuri Siti Aishah, 45 tidak segan memberitahu wartawan beliau memandu kereta sendiri ke majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti Aishah di sebuah hotel di sini pada 26 Mei yang lalu.
“Hari ini saya datang sini saya ‘drive’ sendiri. Saya jadi ‘driver’ pula kepada ibu saya,” katanya.
Terdahulu, Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.
Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu juga memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama yang membawa imej bertudung .
Setelah 15 Tahun Berlalu, Inilah PERUBAHAN Terkini Permaisuri Siti Aishah Yang Ramai Tidak Tahu!
Mengimbas kembali kenangan bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, khusunya pada bulan puasa, Permaisuri Siti Aishah menceritkan biasanya beliau dan almarhum akan berada di istana di Morib.
Pasangan diraja itu mengimarahkan Ramadhan dengan solat terawih di masjid berlainan di sekitar Morib pada setiap malam, sebagai satu cara untuk berjumpa dan bermesra dengan rakyat.
“Dan Almarhum juga akan buat rumah terbuka di Morib semasa hari raya. Baginda suka di situ kerana ada zoo mini.
“Kami selalu pergi melihat haiwan yang almarhum pelihara seperti rusa, kura-kura, burung Flamingo, kangaroo, kambing dan banyak lagi,” katanya.
“Yang paling saya rindu adalah sikap baginda yang suka menyakat orang,” tambahnya lagi.
 

TOLONGLAH Berhenti Beli MAKANAN Ini..Akibatnya Memang MENGERIKAN. Ini Penting Jika Anda SAYANGKAN Keluarga Anda..Ambil Perhatian Rakyat MALAYSIA Memang Suka Makanan Ini.PLEASE STOP NOW

0
COM

TOLONGLAH Berhenti Beli MAKANAN Ini..Akibatnya Memang MENGERIKAN. Ini Penting Jika Anda SAYANGKAN Keluarga Anda..Ambil Perhatian Rakyat MALAYSIA Memang Suka Makanan Ini.PLEASE STOP NOW



a. Membelek rak-rak makanan di pasar raya memang mengasyikkan. Terdapat ratusan jenis makanan yang kelihatan cukup sedap, dibungkus dan dipek dalam cara yang menggoda dan mempengaruhi minda anda untuk membelinya.

Ramai yang menganggap makanan yang diproses adalah burger dan kentang goreng yang dihidang di restoran makanan segera. Tetapi tahukah anda, setiap makanan yang terdapat dalam kabinet dapur anda merupakan makanan yang diproses?
Jadi persoalannya, apakah sebenarnya maksud makanan yang diproses?

Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau baling kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.

Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu, hampir 90 peratus wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat Amerika Syarikat ialah untuk membeli makanan yang diproses. Persoalannya, mengapakah kita perlu memproses makanan?

Sebab yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna. Adalah lebih senang untuk menyediakan kek dengan membuka kotak tepung membuat kek, campurkan telur dan tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada sifar. Dengan hanya menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera, makan tengahari anda mampu disiapkan dalam hanya beberapa minit.

Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Antaranya ialah:

·         Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.
·         Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
·         Peluntur – menyahjangkitan bakteria.
·         Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
·         Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
·         Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.
·         Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.
·         Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.

Masalahnya, kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan yang menyerupai setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon dalam adunan skon. Cuba anda perhatikan senarai bahan berikut bermula daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:

[Amil asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut].

Adakah ini yang dikatakan sedap? Namun percayalah, ini hanya sebahagian. Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.

Penyakit Akibat Makanan Diproses
Kanser – Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.

Obesiti – Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.
Penyakit Jantung – Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.
Sumber:

Majalah iSIHAT

SedihSeluruh Kampongnya MurtadPakcik Tua Ini Azan Dan Solat Sendirian Selama 30 Tahun Ya Allah Berilah Petunjuk Kepada HambaMu Di Sana Supaya Kembali Ke Pangkal Jalan Amin

0
COM


Sedih…Seluruh Kampongnya Murtad,Pakcik Tua Ini Azan Dan Solat Sendirian Selama 30 Tahun!!
dakwah-di-timor-leste-1-720x540.jpg
dakwah-di-timor-leste-5-720x540.jpg
Mendapat pesanan Mesej dari Kekanda Taiko Ali Russia yg sedang berdakwah di Bumi Timor Leste.
Salam kasih umat dari lereng lereng Gunung Timor Leste.
Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi saw dan Sahabah Ra atas pengorbanan mereka sehingga kita mendapat nikmat iman dan Islam.
Alhamdulillah kami sekarang berangkat ke sektor seterusnya. Nama Daerahnya Vequeque.
Daerah yang bergunung-ganang dan lebih mencabar serta lebih mujahadah. Perjalanan kami akan menempuhi lereng lereng dan curam yang lebih dalam.
dakwah-di-timor-leste-2-720x960.jpg
Semalam kami di kejutkan oleh satu peristiwa yang menyebabkan seluruh ahli jemaah menangis.
Kami di bawa oleh Ustaz Ibrahim penangung jawab Daerah Baucau yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Kami dibawa ke satu kawasan pergunungan bernama Brema.
Perjalanan kami menggunakan pickup 44 dgn menyusuri lereng gunung pinggiran pantai kemudian berjalan kaki sejauh 3 km menuruni denai, melintasi sawah padi, membelah belantara dan akhirnya mendaki gunung lalu sampai ke kawasan tersebut.
Diatas gunung Brema itu terdapat seorang insan yang Allah pelihara iman dan kalimahnya berusia hampir 100 tahun.
dakwah-di-timor-leste-9-720x960.jpg
Namanya Pak Abu Bakar asal beragama Pagan dan anak Pribumi. Beliau memeluk Islam pada tahun 1975 dan hampir seluruh kampungnya sekitar 500 orang juga memeluk Islam.
Tetapi oleh kerana faktor sekitar seorang demi seorang telah meninggalkan Islam serta murtad dan akhirnya tinggal lah beliau berdua bersama sahabat baiknya Pak Kasim yang masih Islam dan pertahankan kalimah.
Hampir lebih 30 tahun berliau berdiri teguh dengan fikir yang kuat keatas Islam dan kerisauan keatas saudara mara serta penduduk kampung yang murtad.
Dari usia muda sehingga lah beliau tua. Beliau azan dan solat sorang diri. Kekadang berdua sehinggalah sekarang.
dakwah-di-timor-leste-7-720x540.jpg
Ketika kami sampai beliau agak terperanjat dan kelihatan terketar ketar menangis kegembiraan atas kunjungan kami.
Kami berpelukan sambil berlinangan airmata dan pelukannya seolah olah tidak mahu melepaskan kami.
Kami sampai sebelum Zohor dan habiskan masa bersama solat zohor dan asar bersama sama.
Satu peristiwa yang kami dapat belajar dari seorang lelaki tua yang tidak punya apa-apa,rumahnya dari buluh dan beratapkan nipah dan berjalan kaki untuk mengambil wuduk hampir setengah kilometer di sumur yang jauh di lereng curam.
Apa yang kami belajar kami melihat beliau bersiap siap untuk solat bersama kami tetapi kemudianya beliau berkata.
Tunggu sekejap, saya jangkau dulu kawan saya. Jangkau bermaksud khususi atau usuli. Beliau telah keluar dari Musalla dan berjalan hampir setengah kilometer lagi untuk usuli kawannya untuk di bawa bersolat Jemaah di Musalla.
dakwah-di-timor-leste-10-720x960.jpg
Allahu.
Kami makan tengahari bersama. Nasi putih berlauk kan cili apai dan Maggi yang kami bawa.
Kata Pak Abu Bakar puluhan tahunbeliau cuma makan nasi dan pucuk kayu kadangkala ikan kerana tiada apa yang halal yang dapat di makan kerana orang orang kampung keseluruhaannya memelihara babi dan anjing.
Kami berbual dan ternyata beliau berbicara soal iman dan amal setiap masa dengan suara yang terketar ketar.
Selepas Asar kami bersiap untuk pulang ke Masjid Baucau. Ternyata beliau sekali lagi memeluk kami seolah-olah tidak mahu melepaskan dan perkataan yang menyayat hati kami ialah bila beliau berkata. Kapan lagi kamu semua akan mengunjungi saya. Mungkin bila kamu datang lagi bapak sudah tidak ada Beliau menanggis dan mengalirkan air mata dan kami juga.
Allahu. Kalimah tersembunyi di lereng Timor Leste. Katanya lagi. Di mana lagi orang orang Islam yang selalu mengunjungi saya dan mereka disini hanya lah orang orang dakwah seperti kamu. Di mana manusia Islam yang lain.
Semuga Allah matikan beliau dengan kalimah iman. Kalimah-kalimah tersembunyi di lereng-lereng gunung Timor Leste.
Doakan jemaah kami.
Ali Russia
Baucau Sektor Timor
Timor Leste
Nota Editor : Kisah benar ini asalnya telah dikongsikan di fb wallUstaz Ahmad Farkhan. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia turut memberi inspirasi buat anda dalam menempuh dunia yang penuh dengan pancaroba dan dugaan ini.
pakcik%2Btua.jpg
Sumber: jubahsemalam

Pelatih Vietnam Mengaku Sangat Terkejut Dengan Pola Permainan Indonesia Sekarang

0
COM

Hairan 8 Jam Isteri Ke PasarPenat Nak MasakIni Yang Aku Jumpa Dalam Beg Rupanya Isteri

0
COM



127850.jpg
Hairan 8 Jam Isteri Ke Pasar..Penat Nak Masak,Ini Yang Aku Jumpa Dalam Beg Rupanya Isteri|Banyak-banyak perempuan dekat luar itu,isteri aku juga kau nak! Luah suami bernama Andi dalam sebuah forum masalah rumahtangga. Sangat rumit masalah rumahtangga yang dihadapi Andi yang selama ini mempercayai isterinya,rupa-rupanya berlaku curang dengan lelaki lain.
defgerg
1-23
2-2
3-1

Sumber: jamgetah

Isteri Aku Cantik Persis Korea Lepas Kahwin Baru Tahu Dia Kentut Kuat Dan Busuk

0
COM
                                                       (Gambar Hiasan)

Thank you admin approve confess aku ni.. By the way, bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah jump to the conclusion terus ok.. Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu.

Macam ni. Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa gila gila bini aku. Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa. Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis Korea beb ! Before nikah, bini aku ni ramai gila la peminatnya. Tapi dalam ramai-ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima. Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem? Mungkin

Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%. Aku rasa bahagia gila masa bercintan cintun dengan dia dulu.. Aku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa. Kawan-kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackle perempuan lawa. Kau rasa? Hohoo bahagia gila la aku waktu tu. Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je. Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la.

Tapiiiii….. selepas kahwin… lain yang aku nampak.

Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut… Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut. Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu! Aku yang tengah lena tidur pun terjaga. Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu. Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik. Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak lukakan hati dia. So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam. Aku tak pasti la dia ada penyakit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut. Kentut tu pulak kuat dan bau busuk ! Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak.

Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur. Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.

Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi.. Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa.. sebab kami pun jarang dating kat kedai makan..

Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa… Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe.. kafe tu ramai la orang… Waktu kami tengah makan tu, tiba-tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat gila. Dah la sendawa dia macam jantan! Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu gila aku masa tu. Tak sangka bini aku yang lawa dan digilai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa

Tujuan aku citer ni, aku bukan nak aibkan bini aku. Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku.. Cuma, aku nak cakap kat sini,….. bahawa rupa paras tu tak ke mana pun.. jangan pandang rupa je untuk kau pilih pasangan kau.. Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu.. tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia..

Rupa paras ni tak ke mana pun.. lepas kahwin baru aku sedar benda ni.. kadang-kadang, kita expect pasangan kita yang lawa dan cantik tu perfect. masa dating tak nampak lagi cacat cela dia.. lepas kahwin baru nampak.. masa tu kita tak boleh nak menyesal dah.. tak boleh berpatah balik dah.. sebab dah kahwin.. so lebih kurang dia, kau kena terima.. macam aku la sekarang.. walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya.. sebab dia pun tak buat perangai buruk-buruk ke apa.. dia bini yang baik je untuk aku.. lemah lembut..solat tak tinggal..dia hormat aku., jaga makan pakai aku… cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak… sebab benda tu tak boleh control..

So untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je.. jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa? Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la.. yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama. . kalau kau dapat bini yang independent, aku rasa kau memang bertuah gila ! Bini aku ni manja sikit, sikit-sikit merengek. kadang-kadang aku rimas sebab sikit-sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri… tapi itulah aku cakap.. dia dah jadi bini aku pun.. baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima..sebab kahwin ni bukan semuanya manis-manis belaka.. kau ingat kahwin in real life sama macam drama tv3 petang-petang tu? Choii !

Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan pasangan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia, terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam-macam lagilah.. tapi janganlah disebabkan benda-benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak bercerai ngan bini pulak. tu namanya bodoh… so, main point dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je. kalau ada rupa, kira bonus la kan. tapi bonus takat mana la sangat. nanti dah tua berkedut juga …haaha

Lihat Apa Yang Terjadi Ketika Bangun Tidur Selepas Letakkan Paku Pakis Bawah Bantal Sebelum Tidur

0
COM


Anda pasti tahu tumbuhan pakis, pakis adalah nama lain dari tumbuhan menjalar, tumbuhan berpembuluh yang membiak diri dengan spora. Tumbuhan pakis tumbuh di kawasan kering dan lembap dan di bawah persekitaran yang teduh. Semasa musim seminya, pakis akan mengeluarkan tunas daun muda yang masih kuncup. Daun pakis muda ini biasanya dibuat sebagai sayuran.

Tahukah anda bahawa ternyata daun pakis banyak manfaatnya untuk kesihatan, baik digunakan dengan cara dimakan dalam bentuk masakan sayur mahupun digunakan sebagai ubat luar.

Sebagai jenis sayur-sayuran yang boleh dimakan dengan mudah, pakis ternyata mempunyai banyak sekali kandungan nutrisi dan manfaat yang sangat baik bagi tubuh kita. Selain itu, pakis juga ternyata boleh digunakan sebagai ubat luar, salah satunya boleh anda cuba buktikan tips berikut:

Ambil beberapa helai daun pakis yang agak tua dan keringkan dengan cara dijemur

Malam sebelum tidur, masukkan daun pakis kering tersebut kedalam sarung bantal atau di bawah kain cadar

Gunakan bantal tersebut untuk tidur dengan bahagian bantal yang berisi daun pakis berada di bahagian atas dan melekat ke kepala.

Berikut ini beberapa manfaat dan kesan yang akan anda rasakan ketika bangun pagi:

Menghilangkan kutu dan hama.

Kutu tilam atau kutu busuk merupakan serangga dengan saiz yang sangat kecil yang senang menggigit kulit bahkan menghisap darah manusia, mereka biasanya terdapat di sela-sela tilam atau bantal. Kutu busuk ini menggigit kulit sewaktu anda tertidur entah siang atau malam. Jika sudah tergigit oleh kutu busuk ini kulit akan berbonggol dan gatal disertai dengan rasa panas yang sangat tidak selesa. Dengan menyelitkan daun pakis kering di sarung bantal dan cadar, kutu busuk akan keluar dari persembunyiannya dan mengelak menjauh dari bantal, cadar dan tilam anda.

Menghilangkan letih dan membuat otot lebih rileks.

Bagi anda yang pada siang harinya melakukan aktiviti berat seperti bersukan mahupun aktiviti lain yang menyebabkan otot-otot tubuh anda terasa begal dan letih, tidur dengan bantal atau kain sprei yang diisi daun pakis kering ini akan merasakan kesan lebih segar ketika bangun tidur.

Rasa sakit dan letih badan yang mungkin anda derita pada bahagian leher, otot punggung dan otot betis akan hilang dengan lebih cepat tanpa perlu diurut.

Daun pakis kering juga boleh diselitkan langsung kedalam kasut untuk mengurangkan keletihan pada kaki apabila anda melakukan perjalanan jauh atau mendaki gunung.

Menyembuhkan sakit kepala dan sakit gigi.

Sakit kepala yang anda derita akan cepat sembuh bahkan hilang sama sekali ketika bangun tidur. Daun pakis kering juga berfungsi sebagai ubat luar bagi anda penghidap sakit gigi, tidurlah dengan posisi pipi pada bahagian gigi yang sakit melekat pada bantal. Kesan ini akan lebih terasa jika daun pakis kering ditampal langsung ke pipi atau bahagian belakang kepala bahagian bawah ketika anda tidur dengan tempoh tidur sekurang-kurangnya 4 jam.



Selain dengan cara tadi, daun pakis juga boleh digunakan untuk penyembuhan aduan lain dengan cara berbeza:

Menyembuhkan Radang Gangren.

Gangren disebabkan kerana kematian jaringan tubuh, salah satu penyebabnya adalah diabetes. Ambil beberapa daun pakis segar dan tumbuk halus, tempelkan pada luka gangren, lakukan dengan rutin. dalam beberapa hari keradangan gangren akan mengering.


Menyembuhkan kejang

Untuk menyembuhkan kejang boleh menggunakan pakis yang masih segar tanpa perlu dikeringkan, ramas-ramas pakis segar tadi dan langsung dibalurkan pada otot yang mengalami kekejangan atau terseliuh. Rasa sakit mungkin akan terasa lebih kuat dan sedikit hangat untuk beberapa waktu setelah dipalit, tetapi akan segera hilang!

Menyembuhkan Rhematik

Untuk usaha penyembuhan rhematik, gunakan daun pakis dengan cara ditumbuk halus dan diperah diambil airnya lalu dicampurkan pada air yang akan digunakan untuk mandi. Atau menggunakan bahagian akarnya, keringkan akar pakis dengan cara dijemur lalu rendam dengan sedikit air selama 12 jam, gunakan air tersebut untuk mengurut badan.

Itulah beberapa manfaat lain pakis untuk kesihatan. Cara ternikmat memperoleh manfaat pakis tentu dengan cara mengambil sayurnya yang rasanya memang enak, tetapi cara-cara diatas juga perlu anda cuba kerana cukup mudah dengan kesan manfaat yang melimpah.


Selamat mencuba, sila SHARE jika perlu, semoga bermanfaat.

Awas Jangan Beli Jika Tong Gas Ada Tanda Ini Ini Sebabnya

0
COM




Sudah menjadi kebiasaan bagi kehidupan sehari hari kerana sudah seluruh penduduk rakyat malaysia memakai gas untuk memasak. 
Baru baru ini beredar satu gambar yang di dakwa peniaga nakal menggunakan helah untuk mengaut keuntungan Lebih dari masyarakat yang kurang teliti .
Dalam akaun tersebut menjelaskan bagai mana seorang peniaga yang tidak bertanggung jawab cuba menipu dengan cara mengurangi jumlah isi gas dalam tong lalu menambah berat pada tong dengan cara menampalkan sekeping besi pada tong gas tersebut.
Sudah tentu dengan adanya penipuan seperti ini gas dalam tong akan cepat terasa habis dari biasanya,Sila perhatikan sebelum membeli.
Berikut Perkongsian Yang Di viralkan :
: Hanya sekedar informasi kalau anda mendapai tong gas yang ada tempelan besi jangan kerana besi yang di tempelkan pada tong bertujuan untuk mengurangi berat gas sudah tentu ia amat merugikan si pemakai (Posted by : Najwa Azzura pada 25 march 2015)

Sumber: penhijaudaun