Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
Baru sahaja menghantar satu keluarga dari Brunei di KLIA. Suami pencen guru dan isterinya masih mengajar. Anaknya pula adalah penerbit di sebuah stesen radio di Brunei. Dalam perjalanan, saya banyak bertanya mengenai Brunei dan melihat profession mereka. Pastinya informasi yang diterima adalah first hand dan reliable, bukannya backhand atau smash di tengah gelanggang.
HUDUD
Di peringkat awal memang ada sedikit bantahan dari non-muslim. Tetapi tidaklah seteruk mana berbanding bantahan dari luar. Yang tak menetap di Brunei pula yang membantah melebih-lebih sehingga memboikot hotel-hotel di luar negara.
Semasa awal perlaksanaan, ada non-muslim dan pelancong yang sampai di Brunei, pakai pakaian tutup litup segala badan habis kerana takutkan hudud. Namun, lama kelamaan, mereka semua faham dan masing-masing mengamalkan apa yang mereka amalkan sebelum ini dengan cara mereka. Hanya yang beragama Islam sahaja yang dikehendaki mematuhi perlaksanaan yang dikuatkuasakan.
Alhamdulillah, jenayah di Brunei hampir mencecah angka sifar terutamanya dari orang Islam di sana. Semua pihak sudah faham dan tidak rasa apa-apa perbezaan selagi tidak melakukan jenayah. Tindakan boikot pada Brunei di seluruh dunia juga tidak berlaku dan perniagaan kembali seperti biasa.
SUDAH LAMA RANCANG PERLAKSANAAN HUDUD
Sebenarnya, perlaksanaan Hudud ini sudah dirancang sejak zaman Pengiran Begawan Omar Ali lagi, bukannya baru tahun lepas. Pendidikan agama menyeluruh dilaksanakan lama sebelum ini. Satu matapelajaran diwujudkan di sekolah untuk mendidik.
Semua rakyat Brunei, dikehendaki mengenali Islam, agama dan kesultanan. Ia adalah subjek yang wajib dan apabila semuanya telah bersedia, barulah perlaksanaan Hudud dibuat. Itulah sebabnya rakyat Brunei tidak membantu kerana mereka telah dididik jauh lebih awal lagi. Yang membantah bagi nak gila adalah mereka yang tidak mendapat pendidikan di Brunei.
Informasi ini adalah dari pasangan warga Brunei, bukannya dari pelancong Amerika atau Australia.
RASUAH
Apabila saya bertanya mengenai rasuah, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menjawab kerana di Brunei memang hampir tiada kes rasuah. Tiada peluang nak menjolok-jolok pegawai kerajaan atau para menteri. Tidak wujud menteri-menteri di Brunei memberi projek kepada kroni-kroni mereka.
Semua menteri dilantik oleh Sultan. Maka Sultan berhak untuk memecat sesiapa sahaja tanpa banyak soal. Keputusan itu tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk reinstatement. Malah, adiknya sendiri juga dipecat dari jawatan menteri dan didakwa. Tiada kes pilih kasih atau kasihan.
CUKAI
Di Brunei, masih lagi tiada perlaksanaan cukai pendapatan pada rakyatnya. Malah, cukai pintu mahupun GST juga tidak dikenakan terhadap rakyat Brunei. Satu-satunya cukai yang dibayar adalah cukai jalan bagi mereka yang memiliki kenderaan dan ianya masih murah. Cukai tanah juga sangat minimal.
PERUBATAN
Perubatan juga adalah sangat murah di mana rakyatnya dikenakan hanya RB1.00 untuk berjumpa dengan doktor dan segala ubat-ubatan adalah percuma.
PENDIDIKAN
Kos sekolah di Brunei hanya RB30 setahun dan lain-lain dibantu sepenuhnya. Bagi warga asing, mereka hanya dikenakan RB15.00 sebulan. Kos lain akan ditanggung menggunakan kewangan Sultan sendiri.
KEBAJIKAN
Sultan Brunei sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Sultan tidak memerlukan undi rakyat tetapi Sultan Hasanal Bolkiah sangat dikasihi rakyatnya. Antaranya ialah, semua kakitangan kerajaan akan diberi RB120 setiap bulan on top of gaji mereka. Pemberian ini adalah dari poket Sultan sendiri dan sedikit pun tidak mengusik wang kerajaan. Ianya diberikan samarata kepada semua kakitangan.
Setiap kali menjelang Ramadhan atau pembukaan sekolah, sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi pihak istana untuk mendapatkan bantuan Sultan. Sultan sendiri akan membayar apa keperluan yang dipohon menggunakan wangnya sendiri, bukan dari wang kerajaan.
Bulan Ramadhan, Istana akan dibuka untuk rakyat berbuka dan bersolat jemaah. Makanan disediakan setiap hari. Semasa Aidilfitri, semua kerabat diraja akan bertemu dengan rakyat sepanjang hari dan akan diberikan duit raya.
POLITIK
Di Brunei masih tiada parti politik dan pilihan raya. Sultan adalah ketua kerajaan mutlak. Rakan saya itu tidak tahu nak berceritakan tentang hal-hal politik kerana tidak biasa. Sultan melantik sendiri semua menteri-menterinya dan jika ada aduan dari rakyat serta ada bukti jelas menunjukkan salahlaku atau mismanagement, menteri akan dipecat terus.
Namun, perkara ini amat jarang berlaku kerana jika mneteri tidak amanah bermakna, menteri derhaka kepada Sultan dan berdosa kepada Allah. Sultan tidak akan menggunakan khidmat orang yang berdosa. Disebabkan itu, para menteri tidak akan berani membuat Sultan murka kerana akibatnya akan mengaibkan diri dan keluarga.
HAJI
Pada masa ini, hanya 400 sahaja visa haji yang dikeluarkan oleh Kerajaan Saudi kepada rakyat Brunei setiap kali musim hari. Sebelum ini, seramai 4,000 visa haji yang dikeluarkan. Pengurangan kuota ini adalah kerana kerja-kerja renovation di Mekah.
Meskipun Sultan Brunei adalah pembayar segala bil elektrik di Masjidil Haram dan Nabawi menggunakan duitnya sendiri, Sultan tidak akan sesekali menggunakan kuasanya sebagai Sultan untuk mendapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Arab Saudi.
Sultan Brunei tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan wang kerajaan. Baginya, wang kerajaan adalah untuk rakyat dan wangnya juga dikongsikan bersama rakyat.
Sultan Brunei amat patuh kepada agama Islam dan mahu rakyatnya juga turut melakukan perkara yang sama. Semua rakyatnya dididik mengenai Islam dan pemerintahan Islam, namun yang bukan Islam bebas mengamalkan apa sahaja yang mereka amalkan selama ini dan dihormati. Sultan juga mahu non-muslim hormat pada agama Islam.
Kata pasangan itu lagi, Brunei kini sedang mereformasikan ekonominya dengan mempelbagaikan punca ekonomi mereka dan tidak lagi bergantung harap kepada minyak semata-mata. Mereka mulakan dengan pertanian dan padi sekarang.
Rakyat dan expatriat tidak menghadapi masalah tinggal di Brunei. Yang selalu tak gembira di Brunei hanyalah mereka yang jenis kaki hiburan kerana di sana memang tiada hiburan seperti pelacuran atau Zouk. Namun, hiburan berbentuk keluarga memang ada.
Wallahu a’lam. Rasa nak pindah Brunei sekarang juga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan