Ingat Latif Romly Pemenang Emas Paralimpik Rio Ni ? Apa Dia Buat Dengan RM1 Juta Buat Ramai TERKEJUT !!!
Menurutnya, satu ketika dulu dia dan keluarganya terpaksa bergelut untuk mendapatkan bantuan membina rumah baru bagi menggantikan rumahnya yang roboh dek dimakan anai-anai tapi kejayaan Latifnya di temasya Paralimpik Rio bakal mengubah segala-galanya.
Ibu Latif, Salmah Yatim, 58, berkata, anaknya itu pernah memberitahunya jika dia berjaya memenangi pingat emas, dia akan menggunakan wang ganjaran RM1 juta yang bakal diperolehinya untuk membina rumah baru untuk keluarga yang terletak di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau.
Kehidupan keluarganya banyak bergantung kepada kepada hasil jualan barang seperti kerisik, ikan, serai dan barangan kampung dengan jumlah pendapatan yang tidak menentu.
Tapi dek kerana minatnya terhadapa sukan, ibunya sanggup berulang alik mengambil Latif di Sekolah Menengah Syed Alwi di Perlis dengan hanya menggunakan motosikal buruk.
“Kami dulu susah. Pernah minta bantuan Baitulmal untuk memperbaiki rumah tapi ditolak tanpa alasan.
“Biarpun susah kami tetap hantar Latif ke sekolah.
“Selepas dia berjaya dalam sukan kehidupan kami mula berubah.
“Dengan duit dari sukan yang diperoleh itulah dia gunakan untuk membantu keluarga memperbaiki rumah yang sudah dimakan anai-anai.
“Sesungguhnya kami tidak menyangka Latif yang dahulunya seorang yang nakal dapat mengubah kehidupan keluarga,” katanya.
Menurut ibu Latif lagi, anaknya itu memang lemah dalam pelajaran sehinggakan untuk mengeja namanya sendiri pun agak sukar tapi dia dianugerahkan Allah kecemerlangan dalam sukan.
Beliau menyatakan kerana sifat anaknya itu yang manja dan rapat dengan beliau, dia bimbang untuk melepaskan Latif berlatih di Bukit Jalil kerana bimbang Latif tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru, tambahan pula dia tiada saudara mara di Kuala Lumpur.
“Latif perlu diberikan perhatian khusus perlu diberikan kepadanya terutama jika dia demam selain tidak suka makan nasi.”
“Saya tidak memaksanya untuk pergi. Saya bagi dia membuat keputusan untuk menentukan masa depannya. Syukur dia dapat menyesuaikan diri. Selepas dia ke Bukit Jalil saya lihat dia banyak berubah dan kini kami bangga dengan apa yang dicapainya,” kata Salmah.
Kepulangan pemenang pingat emas Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) amatlah dinantikan oleh ratusan penduduk kampung dimana jalan utama ke rumah atlet berusia 19 tahun itu, sudah ada kain rentang tertulis ucapan tahniah untuk dua wira Perlis – Latif dan Mohamad Ridzuan Puzi. Kredit Hairan Metro.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan