Sejuk Seram Baru Semalam Dikebumikan Tiba Tiba Esok Jasad Pulang Ke Rumah



Oleh Feyra Nasrom
Pelik dan menakutkan, entah bagaimana perkara ini boleh terjadi. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hamid dari negara seberang, Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bengkulu pada khamis lalu, pihak hospital menguruskan jenazah dan memaklumkan pada keluarga malah mengebumikan jenazah pada hari berkenaan.
Apa yang mengejutkan, Hamid dikatakan pulang ke kampung dengan keadaan sihat di Bengkulu malah seluruh penduduk kampung tergamam melihat jasadnya yang tiba-tiba muncul di kampung.
Keluarga Hamid mula panik apabila melihat lelaki itu hidup sehari selepas dikebumikan. Baru sahaja pihak hospital mengesahkan Hamid meninggal selepas ditemui tidak sedarkan diri beberapa hari lalu, dan insiden ini terjadi mungkin disebabkan tersalah identiti dan kecuaian pihak hospital sendiri.
Menurut ahli keluarga Hamid, lelaki itu mengalami masalah mental dan jarang pulang ke rumah. Kini, pemeriksaan mengenal pasti identiti sebenar jenazah yang dipercayai Hamid itu sedang dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan