WOWW ! BEKAS ISTERI AWIE TERDUDUK TENGOK BIODATA ISTERI AWIE YG BARU NI ! BUKAN ORANG BIASA ! PATUTLAH AWIE PILIH DIA !






Biodata Dan Gambar Sharifah Ladyana Syed Isteri ketiga Awie|Penyanyi rock Awie selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada kira-kira 12.10 tengah hari pada Jumaat.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bersama pasangannya itu bernikah di sebuah lokasi yang dirahsiakan yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Bagaimanapun difahamkan, pernikahan itu berlangsung di Songkhla, Selatan Thailand.

Pada majlis berkenaan Awie memakai baju berwarna hitam dengan selempang dan tanjak berwarna kuning. Manakala pengantin perempuan mengayakan baju kebaya berwarna serupa.
Majlis resepsi pasangan berkenaan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat di lokasi yang sama iaitu di sebuah kawasan pantai.

Awie meminta lokasi pernikahannya dirahsiakan kerana bimbang ada pihak-pihak yang akan melakukan sabotaj terhadap majlis bahagia beliau itu.

Awie telah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 3 Jun lalu.

Biodata Siapa Sharifah Ladyana Isteri Ketiga Awie

Nama Penuh: Sharifah Ladyana

Umur: 28 Tahun

Asal: Kuala Lumpur

Status: Bujang

Bangsa: Melayu

Pekerjaan: Kakitangan syarikat penerbangan Airasia dibahagian jualan tiket

Sebelum ini Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurnaikan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14.

Selepas perkahwinan itu, Awie berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand dengan Rozana Misbun, 38, pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.

Pada 1 November 2014, Rozana dilaporkan berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik terhadap Awie dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand.

Kes pengesahan perceraian mereka masih lagi berjalan di mahkamah syariah dalam negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan