Setelah Didesak Masuk Semula Dalam Gegar Vaganza Inlah Komen Elly Mazlein Yang Membuat Ramai Terkejut
PENYANYI, Elly Mazlein. - Foto Muhammad Sulaiman SHAH ALAM: Bukan saja nekad menarik diri, penyanyi Elly Mazlein, 36, turut menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja, Datuk Seri Vida.
Musim lalu, Datuk Sri Vida menggunakan kuasa imuniti dimilikinya untuk mengekalkan Acong apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan nyanyian popular terbabit.
Menurut pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini, beliau reda dengan apa yang berlaku dan percaya rezekinya tetap ada dalam industri seni.
"Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.
"Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini," katanya ketika ditemui selepas program GV3 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Terdahulu, sebaik saja program GV3 berakhir, penaja platinum, Datuk Seri Vida menerusi media sosial miliknya ada memaparkan sesi beliau memujuk si pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan supaya tidak terus terasa hati dengan komen dilemparkan dan mengharapkan Elly menarik balik keputusannya untuk mengundurkan diri daripada program berkenaan.
Malah, pengusaha produk kecantikan terkenal itu turut menyifatkan Elly sebagai ratu dan penyeri program terbabit. Keputusan drastik Elly untuk mengundurkan diri dalam program berkenaan timbul selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen dilemparkan juri, Datuk Ramli MS, yang mengaitkannya dengan isu ihsan atau belas simpati sebaik saja beliau selesai menyampaikan lagu tugasan berjudul Jangan Menangis Sayang bersama Acong. Dengan ketiadaan Elly, rancangan itu kini menyaksikan saingan di kalangan sembilan lagi peserta yang tinggal iaitu Gmie Screen, Ameng, Shidi Data, Zarul, Intan Sarafina, Nora, Zue Eda, Azharina dan Siti Sarah.
Sumber : Berita Harian
Biodata Penuh Juri Gegar Vaganza Ramli MS (Tok Ram)
Datuk Ramli M.S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.
Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, adalah seorang maestro muzik kelahiran Geylang,Singapura yang mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia. Beliau cukup sinonim dengan hasil karyanya sebagai penggubah lagu serta pernah 3 kali memenangi anugerah AIM untuk kategori Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik.
Pada tahun 2009, album nyanyian Misha memenangi anugerah Album Pop Terbaik di mana ia adalah kerjasama Ramli sebagai penerbit eksekutif.
Biodata Penuh Peserta Gegar Vaganza Elly Mazlein Yang Tersingkir Semalam.. Rupa-Rupanya Elly Mazlein Bukan Calang-Calang Orang
NAMA PENUH : SHARIFAH AIDA MAZLINA BT SYED HANAFI
TARIKH LAHIR : 17 DISEMBER 1980
TEMPAT LAHIR : SLIM RIVER, PERAK
ZODIAK : SAGITTARIUS
HOBI : BERENANG & MENGHIAS RUMAH
PENDIDIKAN : S.M AHMAD BUSTAMAN, TMN MALURI
MUZIK KEGEMARAN : BALADA & IRAMA MELAYU ASLI
RANCANGAN KEGEMARAN : MTV & CHANNEL V
FESYEN PILIHAN : SIMPLE, ELEGANT & UP-TO-DATE
WARNA KEGEMARAN : BIRU, MERAH JAMBU, HITAM & PUTIH
MINUMAN KEGEMARAN : MILO
MAKANAN KEGEMARAN : MAKANAN LAUT
PENYANYI PUJAAN : SHARIFAH AINI & JENNIFER LOPEZ
PELAKON PUJAAN : JALALUDIN HASSAN
ADIK BERADIK : 3 (BONGSU)
ALBUM :
1997 - SUTERA KASIH
1999 - SATU PERSATU
2001 - ELLY
2001 - MTV KARAOKE ELLY MAZLEIN
2002 - BEST OF ELLY MAZLEIN
2003 - ATAS NAMA CINTA
Dok Drama Kehidupan (Elly Mazlein) Je Dekat Atas Pentas Kita Bukan Nak Tengok Drama - Ogy Ahmad Daud
Perjuangan Elly Mazlein dalam program Gegar Vaganza 3 semalam terhenti apabila diumumkan tersingkir di akhir rancangan. Rata-rata peminat Elly Mazlein nyata tidak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut dan meminta pihak Astro memasukkan semula penyanyi kesayangan mereka.
Namun disebalik berita penyingkiran itu ada sesuatu yang hangat diperkatakan netizen. Elly Mazlein mengakui meminta untuk menarik diri daripada pihak Astro.
Bertambah kecoh apabila seorang artis senior meninggalkan komen tentang penyingkiran Elly Mazlein ini. Habis kena hentam dengan netizen!
Memang dia patut keluar – Ogy
Pada mulanya Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy memuatnaik foto memuji persembahan salah seorang peserta Gegar Vaganza.
Ogy sempat berbalas komen dengan peminatnya namun semua jadi ‘huru-hara’ bila dia berbicara tentang Elly Mazlein dengan pengikutnya.
Dihentam netizen
Netizen yang tidak berpuas hati dengan komen Ogy bertindak menyerang artis senior itu beramai-ramai. Pelbagai pendapat dan pandangan diluahkan. Al maklum lah masing-masing tak berpuas hati dengan penyingkiran Elly yang dilaporkan terasa hati dengan Datuk Ramli MS
Berhak tulis apa sahaja – Ogy
Namun tak kurang juga ada yang menyokong kata-kata Ogy. Ogy juga sempat meninggalkan pesanan bahawa dia berhak menulis apa sahaja di akaun Instagram miliknya.
Sementara itu di Twitter pula ramai memberitahu tidak lagi dapat melihat Instagram Ogy kerana telah di’block’. Nasib korang lah!
Sumber : Ogy Ahmad Daud & http://www.ohbulan.com/
Inilah Komen Tok Ram Yang Buat Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza
Setelah selesai Elly berduet dengan Achong inilah dialog antara Elly dan Tok Ram
Tok Ram: Elly kamu ni ada satu benda peminat suka kamu yaitu jiwa kamu semasa menyanyi
Elly: Terima Kasih Datok
Tok Ram: Belum habis lagi! kamu ni jiwa melebihi teknikal kamu
Elly: Terima Kasih Datok
Tok Ram : But lagu kamu yang dapat kamu dapat jiwai so teknikal tu tengok atas ihsan kitaorang (para juri)
Baca lagi : Dok Drama Kehidupan (Elly Mazlein) Je Dekat Atas Pentas Kita Bukan Nak Tengok Drama - Ogy Ahmad Daud
Giliran Dato Vida Pula Tampil Dedahkan Kenapa Elly Mazlein Tersingkir Di Gegar Vaganza
Elly Mazlein merajuk dengan Tok Ram rupanya huhu
Punca Sebenar Elly Mazlein Tersingkir Di Pentas Gegar Vaganza Malam Ini
Elly Mazlein sebenarnya tarik diri dari pentas Gegar Vaganza
Baca lagi : Akhirnya Jihan Buka Mulut Dedah Cerita Sebenar Kenapa Elly Mazlein Tersingkir Di Gegar Vaganza Malam Ini
Fattah Amin Dedahkan Perangai Sebenar Neelofa Ketika Di Luar Set Pengambaraan
Sebenarnya Neelofa ni diluar garang orangnya bukan seperti didalam drama Suri Hati Mr Pilot huhu - Fattah Amin
Neelofa & Fattah Amin adalah artis yang menjaga solatnya
Inilah Laluan Berliku Yang Bakal Dihadapi JDT Jika Hendak Layak Ke AFC Champion LEAGUE 2017
UNTUK ACL 2017 JDT DIJANGKA TERPAKSA BERMULA DARI 'PRELIMINARY ROUND 1'
Ketika kelayakan ACL musim 2016 , JDT bermula dari peringkat 'preliminary round 2' . Namun untuk kelayakan ACL musim 2017 , JDT dijangka terpaksa bermula dari peringkat 'preliminary round 1' lagi . Ranking AFC MA India kini telah mengatasi Malaysia . Untuk musim 2017 , Bengaluru FC yang mendapat keistimewaan bermula dari peringkat 'preliminary round 2' .
Manakala untuk AFC CUP 2017 pula , Felda United terpaksa bermula dari peringkat Play-Off AFC . Hanya JDT yang memperoleh direct group stage entrance untuk edisi 2017 . Keistimewaan 2 pasukan mendapat direct group stage entrance diberikan kepada India yang kini kedudukan ranking AFC MA mereka diatas Malaysia
Sumber : Malaysia FAM Cup
Pasukan Terbaru Norshahrul Idlan Talaha Untuk Musim 2017? Dari Utara
Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan berminat menyertai pasukan yang menjuarai TM Piala Malaysia musim ini iaitu pasukan Kedah walaupun Felda United cuba mendapatkannya. sama-sama kita nanti kesudahannya Felda atau Kedah
PESANAN TERAKHIR Isteri Kepada Jalaluddin Hassan Dan Anak-Anak Sebelum Meninggal Dunia Bikin SEBAK!
Pagi tadi kita semua dikejutkan dengan berita sedih mengenai pemergian isteri kepada pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.
Datuk Jalaluddin Hassan dalam pada itu memaklumkan isterinya sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat sebelum dia mengembuskan nafas terakhirnya.
Datuk Jalaluddin Hassan dalam pada itu memaklumkan isterinya sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat sebelum dia mengembuskan nafas terakhirnya.
Arwah, Hashimah Aksan, 64, menyampaikan pesan itu dua hari sebelum meninggal dunia dan Jalaluddin sendiri tidak menyangka itu adalah pesanan terakhir isterinya.
“Selain pesanan itu, dia juga ada memberitahu yang dia rasa akan meninggal dunia. Itu yang saya tegur dia kerana ajal dan maut di tangan Allah.
“Tanpa disangka, itu adalah petunjuk awal yang dia akan pergi tetapi saya sempat peluk dan cium dia sebelum ke bilik pembedahan,” kata Jalaluddin.
Hashimah meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
ARTIKEL MENARIK:- MENYERAMKAN! Gambar Penampakan ‘Hantu’ Muncul Selepas Nahas Di JB Pasti Buat Anda Meremang Bulu Roma
Bercerita mengenai kehilangan itu lagi, jelas Jalaluddin, isterinya itu sudah dianggap sebahagian daripada jiwanya.
“Dia banyak berkorban untuk saya sepanjang saya bergelar pelakon. Malah, dia tidak pernah buruk sangka kepada saya sekalipun.
“Malah, setiap kali bergaduh, dia akan pujuk saya dengan pelukan walaupun kesilapan itu berpunca daripada saya. Itulah kenangan yang saya akan rindu,” jelasnya.
Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan orang anak dan 14 orang cucu.
Memang berat kehilangan insan tersayang. Buat Datuk Jalaluddin Hassan dan keluarga, semoga tabah!
Cuba Korang Tengok Betul-Betul Memang Seram Siapa Makcik Bertudung Kat Belakang Tu?
Siapa Makcik Bertudung Kat Belakang Tu? | Gambar satu kemalangan jalan raya telah tersebar dengan meluas susulan terdapat figura menakutkan yang dirakam secara tidak sengaja di tempat duduk hadapan kereta tersebut.
Imej dihantar seorang pembaca portal MyNewsHub itu menunjukkan sekumpulan orang ramai mengelilingi sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang rosak teruk di bahagian belakang mungkin akibat dilanggar oleh kenderaan lain.
Namun, apabila gambar kemalangan itu berjaya dirakam, terdapat sosok tubuh yang menyerupai seorang wanita bertudung hitam sedang duduk sambil menyeringai ke arah jurukamera, seperti ‘suka’ gambarnya diambil.
Tidak diketahui sama ada penampakan tersebut merupakan jelmaan roh mangsa kemalangan, ataupun hasil suntingan Photoshop, namun imej wanita msiteri itu yang pastinya memang nampak asli.
Menurut sumber itu lagi, kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan pusat beli-belah terkenal Angsana Johor Bahru, Johor.
Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan rasmi yang boleh diperoleh untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut.
Akhirnya Neelofa Dedahkan Ciri-Ciri Suami Yang Menjadi Idamannya
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Matang, pandai menjaga diri, pandai mengawal pasangan, dan berjaya dalam hidup merupakan ciri-ciri lelaki idaman jutawan tudung, Noor Neelofa Mohd Noor.
Neelofa, 27, berkata, dirinya lebih terpikat kepada ciri-ciri lelaki tersebut yang dianggapnya sukar ditemui, sesuai dengan sifat peribadinya yang tegas dan matang.
“Tidak dinafikan saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman.
“Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.
Pengacara MeleTOP itu berkata, ciri-ciri itu penting bagi menentukan masa depan serta kehidupannya sekeluarga kelak, dan disebabkan itu dirinya enggan terburu-buru memilih calon suami.
Mendedahkan pernah bercinta dengan lelaki yang 20 tahun lebih tua daripadanya, Neelofa mengakui agak bimbang kerana masih belum menemui jejaka pilihan ketika usianya hampir mencecah 30 tahun.
Katanya, ada lelaki yang pernah cuba mendekatinya tetapi gagal di tengah jalan kerana tiada persefahaman.
Awal minggu ini, Neelofa mendakwa masa hanya tinggal tiga tahun saja lagi sebelum “butang panik” beliau berbunyi jika masih belum berkahwin apabila usia mencecah 30 tahun.
Neelofa menjelaskan buat masa ini beliau masih belum berpunya dan mahu menamatkan zaman bujang jika dapat bertemu jejaka pilihan hatinya.
Pengacara itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon kacak Hans Isaac namun terputus ditengah jalan.
WOW! Setelah Membawa Kedah Juara Piala Malaysia Inilah Gaji Terbaru Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe
KEJAYAAN membawa Kedah muncul juara Liga Perdana 2015 adalah permulaan kepada musim cemerlang Tan Cheng Hoe bersama skuad Lang Merah.
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kejayaan membawa Kedah menjulang Piala Malaysia, menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA musim ini menyebabkan saham jurulatihnya, Tan Cheng Hoe melambung.
Sebaik sahaja tamat Piala Malaysia, Ahad lalu, jurulatih berusia 48 tahun itu pantas dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan tanah air, termasuk Pulau Pinang kerana kontraknya bersama Lang Merah tamat, hujung tahun ini.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang tidak mahu kehilangan jurulatih kesayangan mereka itu dikatakan sanggup menaikkan gajinya sehingga RM100,000 sebulan bagi memastikan kepakaran Cheng Hoe tidak terlepas ke tangan pasukan lain.
“Saya boleh katakan 90 peratus Cheng Hoe akan kekal di Kedah kerana dia mungkin diberi tawaran kontrak yang lebih lumayan dan dianggarkan hampir RM100,000 sebulan.
“Jadi besar kemungkinan dia tidak akan berhijrah ke pasukan lain, walaupun dikaitkan dengan Pulau Pinang.
“Saya juga difahamkan Kedah bakal mendapat peruntukan lebih besar berbanding sebelum ini kerana mereka telah menjuarai Piala Malaysia.
“Sukar untuk saya katakan sama ada dia akan tinggalkan Kedah atau sebaliknya namun saya fikir dia mungkin akan kekal bersama Lang Merah,” kata sumber rapat KFA kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Cheng Hoe mengakui, dia ada dirisik beberapa pasukan dalam Liga Malaysia, namun menegaskan masa depannya bersama Kedah bergantung kepada pengurusan KFA sama ada mereka mahu menggunakan khidmatnya atau tidak, musim depan.
Enggan mendedahkan pasukan mana yang cuba merisik, jurulatih itu sebaliknya berkata, buat masa ini hatinya bersama Lang Merah.
“Kontrak saya tamat pada bulan ini dan sama ada saya kekal bersama Kedah atau tidak itu bergantung kepada pihak pengurusan untuk menentukannya.
“Memang ada beberapa pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat saya tetapi saya tidak boleh beritahu anda (media) berapa pasukan yang melamar saya,” katanya.
Cheng Hoe juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Kedah muncul juara Liga Perdana musim lalu, kejayaan yang membolehkan mereka kembali bersaing dalam Liga Super.
Selain itu, dia turut membantu Lang Merah melangkah ke final Piala Malaysia tetapi tewas 0-2 kepada Selangor.
Kedah bagaimanapun membalas dendam ke atas Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad lalu apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Shah Alam.
Baca lagi : Pasukan Terbaru Norshahrul Idlan Talaha Untuk Musim 2017? Dari Utara
Sumber : RM100,000 ikat Cheng Hoe?
Bacaan Yassin Berkumandang Bersama Pasangan Suami Isteri Maut Dihempap Kren Tengahari Tadi.. ini cerita saksi (5Gambar)
Klang : Hanya beberapa saat sebelum saksi memotong kenderaan mangsa kren itu tumbang, selepas dihempap kren tersebut kedengaraan bacaan yassin dari dalam kereta tersebut kerana tingkap nya terbuka,kemungkinan mangsa masih bernyawa dan berada dalam keadaan cedera parah.
Harian metro melaporkan pasangan Lelaki dan wanita maut selepas kren statik tumbang menghempap kereta dinaiki mereka di Persiaran Astana, Meru di sini, hari ini.
Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerusi sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam pada 12.35 tengah hari.
"Pemeriksaan kemudian mendapati kereta yang melalui jalan itu dihempap satu kren statik projek pembinaan di kawasan berkenaan.
"Dua mangsa iaitu lelaki dan wanita yang berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala," katanya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan Nurhayati, 56.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Setaraf JDT! Inilah 11 Pemain Bintang Yang Menyertai Melaka United Untuk Musim 2017
Faizol Hussain ---> Melaka United
Khairul Azrin ---> Melaka United
Al-Hafiz ---> Melaka United
Khairul Fahmi --> Melaka United
Badhri Radzi --> Melaka United
Nazrin Nawi --> Melaka United
Paulo Rangel --> Melaka United
Farizal Marlias --> Melaka United
Norfarhan Mohammad --> Melaka United
Baca lagi : WOW! Setelah Membawa Kedah Juara Piala Malaysia Inilah Gaji Terbaru Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe
Setelah Pasukan JDT Disaman RM30000 Inilah Tindakan Dari Safiq Rahim Yang Buat Ramai Terkejut
KUALA LUMPUR – Pemain-pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkongsi wang bagi membayar denda RM30,000 yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas kelab bola sepak itu.
Laman Facebook rasmi JDT dalam satu kenyataan memberitahu, pemain-pemain pasukan berkenaan membuat keputusan itu bagi membalas jasa kelab JDT kepada mereka selama ini.
“Para pemain JDT yang diketuai oleh ketua pasukan, Safiq Rahim bersepakat berkongsi wang sesama sendiri untuk membayar kesemua denda yang telah dijatuhkan oleh FAM kepada Kelab JDT selepas tamatnya perlawanan di Perak beberapa bulan yang lalu iaitu sebanyak RM30,000.
“Para pemain menyarankan agar kelab JDT tidak perlu mengeluarkan duit untuk tujuan membayar denda tersebut. Mereka lakukan semua ini demi kasih sayang dan membalas jasa kelab selama ini.
“Para pemain juga menyeru kepada penyokong Harimau Selatan yang dikasihi sekalian agar menjaga tingkah laku pada masa akan datang agar perkara yang sama tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu hari ini.
FAM melalui mesyuarat jawatankuasa tatatertib semalam membuat keputusan mendenda Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), masing-masing melibatkan dua kesalahan.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Kang Hwee Gee dipetik berkata, PBSP didapati bersalah atas pertuduhan pertama susulan tindakan penyokongnya membaling botol minuman ke arah penyokong JDT pada perlawanan Liga Super 6 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Pafa didapati bersalah kerana penganjurannya pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh itu mengakibatkan kecederaan.
Sementara itu, PBNJ didapati bersalah susulan tindakan penyokong JDT membaling botol minuman ke arah penyokong Perak, memusnahkan papan iklan dan mencederakan seorang jurugambar.
Persatuan bola sepak itu menerima hukuman atas pertuduhan kedua kerana membiarkan penyokongnya menyanyikan lagu yang menghina pasukan Perak semasa perlawanan berkenaan.
Bagaimanapun keputusan denda tersebut masih boleh dirayu oleh kedua-dua persatuan terbabit.
Dalam pada itu, kelab JDT mengumumkan kerusi pemain simpanan di tepi padang, kerusi VIP, kerusi bilik persalinan pemain di stadium dan di Padang Seri Gelam akan ditukarkan kepada kerusi baharu.
“Ini adalah satu cara untuk JDT kelihatan berbeza dari pasukan yang lain selepas banyak pasukan yang telah mengikuti menggunakan sit kereta sama di stadium mereka.
“Kelab JDT mempunyai satu prinsip yang mana salah satunya adalah menjadi lain daripada yang lain dan menjadi peneraju dalam negara,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc
Baca lagi : Setaraf JDT! Inilah 11 Pemain Bintang Yang Menyertai Melaka United Untuk Musim 2017
Baca lagi : Setaraf JDT! Inilah 11 Pemain Bintang Yang Menyertai Melaka United Untuk Musim 2017
Senarai Pemain JDT Yang Akan Berpindah Ke Pasukan Juara Piala Malaysia 2016 Helang Merah
1.) Baihakki Khaizan - Pemain Import Kuota Asia
2.) Shakir Shaari
3.) Gary Steven Robbat
4.) Al-Hafiz Hamzah
Baca lagi : Setelah Pasukan JDT Disaman RM30000 Inilah Tindakan Dari Safiq Rahim Yang Buat Ramai Terkejut
'Nampak Seronok & Indah Pilot Di TV, Realiti Hidup Pilot Sebenar...' - The Pilot Kongsi Pengalaman Kerjaya Sebagai Pilot
Seronok eh bila tengok pelakon lelaki jadi juruterbang pesawat komersial atau pilot. Tetapi adakah senang menjadi pilot seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama petang hari? Perkongsian dari The Pilot ini mendedahkan realiti kehidupan seorang pilot yang sebenar. Pilot yang sebenar, tiada masa nak berlegar-legar dalam airport ngorat perempuan.
Oleh The Pilot
1. Nampak memang seronok dan indah. Dalam drama, mereka tunjuk pilot tarik beg, berlegar-legar di airport, jumpa jodoh, borak-borak cinta, cewah!
Hakikat yang tidak diketahui ialah kehidupan seorang pilot sebenarnya proses pembelajaran yang berterusan, sejak dari flying school, belajar, ujian, belajar, ujian tak habis-habis. Pendek kata memang tak boleh dipisahkan sampailah dia pencen kelak.
2. Semasa di flying school, dia perlu belajar dalam kelas ground school untuk melalui exam PPL, CPL dan ATPL. Setiap ujian ini mengandungi 5 ke 8 subjek yang perlu dijawab dengan lulus. Markah lulus pula ialah 80%!
Lulus 80%? Ya betul, itulah jangan tak tahu ya. Asyiklah sangat tengok tv tu.
Selain itu, dia perlu mempelajari type tech yang menjurus kepada mempelajari sistem pesawat dan limitation. Dia juga perlu mempelajari SOP mengendalikan pesawat single engine dan multi engine serta ujian menerbangkan pesawat.
3. Setelah dia melaporkan diri pada airline tertentu, dia kena mempelajari sistem pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737. Manual untuk mengendalikan pesawat ini pula ada sebanyak 7-10 manual setebal 4 inci. Latihan demi latihan dalam simulator dia jalani sehinggalah dia boleh mengendalikan simulator dengan baik. Latihan ini termasuk latihan kecemasan seperti membuat takeoff dan landing bagi pesawat yang mengalami kerosakan enjin, 'decompression'' dan sebagainya.
4. Ujian SEP (safety emergency procedure) bagi proses meningalkan pesawat selepas melakukan pendaratan cemas, berenang, berkumpul, mengendalikan penumpang yang bermasalah, mengendalikan ancaman bm, mengendalikan penumpang sakit, keupayaan survivor di hutan, laut dan banyak lagi. Ini pula dijalani setahun sekali.
5. Paling lumrah dalam kehidupan seorang pilot ialah, dia kena menghadapi 'base check' dua kali dalam setahun ataupun lebih tepat lagi ialah pada setiap 6 bulan. Seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahunlah kiranya base check ini. Ujian seperti normal procedure dan abnormal procedure diuji dalam simulator (model pesawat yang boleh bergerak 3 paksi di dalam sebuah dewan tertutup). Biasanya dijalankan dalam tiga hari termasuk ulangkaji Computer Base Training (CBT).
6. Satu lagi ujian yang perlu dilalui oleh pilot ialah English Proficiency. Ujian ini baharu sahaja diperkenalkan pada 2010. Bagi yang mencapai Level 4, perlu menduduki ujian setiap tiga tahun. Level 5, setiap 6 tahun dan Level 6 pula tidak perlu lagi seumur hidup!
7. Kelas Crew Resource Management (CRM) dijalankan dari masa ke semasa bergantung pada keperluan airline tersebut. Ia juga adalah satu cara bagi memberi latihan kepada pilot dan krew kabin terutamanya bagi mengendalikan SOP normal dan abnormal. Isu-isu terkini akan disentuh bagi mencegah insiden dan kemalangan dan menambahkan kecekapan penerbangan.
8. Setiap tahun, pilot perlu melalui ujian kesihatan. Kita maklum bahawa ia penting bagi memastikan keupayaan kesihatan juruterbang yang baik bagi mengendalikan beratus-ratus penumpang. Saya pasti anda mahu pesawat yang dikendalikan oleh pilot yang sihat, bukan?
9. Oh ya, ada satu lagi ujian yang perlu dijalani setiap tahun oleh pilot. Ia dipanggil 'line check'. Ujian ini dijalankan pada pesawat sebenar, bagi memastikan pilot mengikut SOP yang terkini. Seorang instructor yang juga seorang captain akan duduk di dalam kokpit dan memerhatikan bagaimana pilot mengendalikan pesawat.
10. Jika anda berjaya membaca sehingga ke point yang ke sepuluh ini, saya pasti anda adalah seorang yang cekal dan boleh mengikuti latihan sebagai seorang pilot. Saya doakan anda berjaya dan jumpa anda nanti setelah anda menyarungkan jersi eh. Maaf, uniform seorang juruterbang.
Sekarang, anda telah pun mengetahui serba sedikit mengenai pilot dalam dunia realiti vs pilot fiksyen, walaupun bukan semua. - The Pilot
Sumber : http://www.thereporter.my/
Langgan:
Catatan (Atom)