PESANAN TERAKHIR Isteri Kepada Jalaluddin Hassan Dan Anak-Anak Sebelum Meninggal Dunia Bikin SEBAK!

Pagi tadi kita semua dikejutkan dengan berita sedih mengenai pemergian isteri kepada pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.

Datuk Jalaluddin Hassan dalam pada itu memaklumkan isterinya sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat sebelum dia mengembuskan nafas terakhirnya.


Arwah, Hashimah Aksan, 64, menyampaikan pesan itu dua hari sebelum meninggal dunia dan Jalaluddin sendiri tidak menyangka itu adalah pesanan terakhir isterinya.
“Selain pesanan itu, dia juga ada memberitahu yang dia rasa akan meninggal dunia. Itu yang saya tegur dia kerana ajal dan maut di tangan Allah.
“Tanpa disangka, itu adalah petunjuk awal yang dia akan pergi tetapi saya sempat peluk dan cium dia sebelum ke bilik pembedahan,” kata Jalaluddin.

Hashimah meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.


Bercerita mengenai kehilangan itu lagi, jelas Jalaluddin, isterinya itu sudah dianggap sebahagian daripada jiwanya.
“Dia banyak berkorban untuk saya sepanjang saya bergelar pelakon. Malah, dia tidak pernah buruk sangka kepada saya sekalipun.
“Malah, setiap kali bergaduh, dia akan pujuk saya dengan pelukan walaupun kesilapan itu berpunca daripada saya. Itulah kenangan yang saya akan rindu,” jelasnya.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan orang anak dan 14 orang cucu.

Memang berat kehilangan insan tersayang. Buat Datuk Jalaluddin Hassan dan keluarga, semoga tabah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan