Akhirnya Neelofa Dedahkan Ciri-Ciri Suami Yang Menjadi Idamannya



KUALA LUMPUR, 3 Mac — Matang, pandai menjaga diri, pandai mengawal pasangan, dan berjaya dalam hidup merupakan ciri-ciri lelaki idaman jutawan tudung, Noor Neelofa Mohd Noor.
Neelofa, 27, berkata, dirinya lebih terpikat kepada ciri-ciri lelaki tersebut yang dianggapnya sukar ditemui, sesuai dengan sifat peribadinya yang tegas dan matang.
“Tidak dinafikan saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman.
“Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.
Pengacara MeleTOP itu berkata, ciri-ciri itu penting bagi menentukan masa depan serta kehidupannya sekeluarga kelak, dan disebabkan itu dirinya enggan terburu-buru memilih calon suami.
Mendedahkan pernah bercinta dengan lelaki yang 20 tahun lebih tua daripadanya, Neelofa mengakui agak bimbang kerana masih belum menemui jejaka pilihan ketika usianya hampir mencecah 30 tahun.
Katanya, ada lelaki yang pernah cuba mendekatinya tetapi gagal di tengah jalan kerana tiada persefahaman.
Awal minggu ini, Neelofa mendakwa masa hanya tinggal tiga tahun saja lagi sebelum “butang panik” beliau berbunyi jika masih belum berkahwin apabila usia mencecah 30 tahun.
Neelofa menjelaskan buat masa ini beliau masih belum berpunya dan mahu menamatkan zaman bujang jika dapat bertemu jejaka pilihan hatinya.
Pengacara itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon kacak Hans Isaac namun terputus ditengah jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan