Tampil Berbeza Di Gegar Vaganva, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg Tanpa Ambil Ubat Kurus
Sebelum ini dipetik laporan Berita Harian, Zulin menyatakan beliau mula mengambil inisiatif mengamalkan kehidupan sihat selepas pernah terkilan gara-gara sukar menggayakan baju yang disukai atau pakaian yang ditaja.
"Dulu berat saya pernah juga susut sehingga 60 kilogram (kg) kerana mengambil ubat kurus. Tetapi, sedikit demi sedikit berat badan saya semakin naik semula sehingga mencecah 75 kg.
"Lebih mengecewakan, saya sudah rasa seperti tiada baju yang boleh dipakai. Apabila ada pihak yang ingin menaja pakaian, ia tidak muat. Jadi saya perlu mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menguruskan badan.
"Alhamdulillah, saya sudah melihat kesannya apabila tubuh saya semakin ringan. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh mahu bersukan kerana sebelum ini bersenam bukan pun minat saya," ujarnya.
Zulin berkata, beliau juga ingin tampil langsing kerana sering dianggap lebih tua berbanding usianya yang sebenar.
"Bayangkan, orang yang lebih berusia memanggil saya kakak. Itu maksudnya saya tampak lebih matang daripada usia sebenar. Saya tidak salahkan mereka. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik," katanya.
Sumber - Siakapkeli.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan