Ibu Luah Perasaan Terluka Dengan Sikap Anak Dan Menantu Durjana
Seorang ibu mertua telah meluahkan perasaannya apabila kecewa dengan sikap menantu dan anaknya sendiri.
Ibu mertua itu ternyata kecil hati apabila diperlakukan seperti orang gaji. Malahan anaknya sendiri juga dihasut oleh menantu agar membenci dirinya.
Ini merupakan satu pengajaran kepada semua. Mari baca dan hadamkan betul-betul. Jadikan teladan.
Ini luahan hati seorang ibu:
Tak Mengharap Balasan
Saya mempunyai seorang anak lelaki yang ditatang bagai minyak yang penuh. Apabila dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, semuanya berubah. Masa si anak susah, sayalah yang menolong. Namun tidak pernah mengharapkan hartanya.Dari segi belanja dapur, sewa rumah, pakai dan makan semuanya saya yang tanggung. Sekali pun saya tidak mengharapkan balasannya. Namun, si menantu pula tidak pernah nampak semua itu.
Menantu Tak Membantu
Sayalah yang memasak, basuh baju dan semuanya serba serbi saya yang lakukan. Tidak cukup dengan itu, si menantu bila dah makan pun tak dibasuhnya pinggan. Hanya diletaknya dalam sinki. Begitu juga dengan pinggan suaminya pun, langsung tidak dibasuh. Apabila saya bersuara, anak dan menantu terus keluar dan makan di luar.Bila perbalahan mula terjadi, anak dan menantu tarik muka. Saya nak bermain dengan cucu pun sanggup dilarang. Si menantu sanggup duduk berkurung dalam bilik, semata-mata tak nak bagi saya bermain dengan anaknya.
Kisah Demam
Pernah satu hari itu, saya demam. Jadi, saya tak masak untuk makan tengah hari. Lalu anak saya dan isterinya keluar, makan di luar. Bila mereka pulang ke rumah, tiada satu pun makanan yang dibungkus untuk saya. Hati ibu mana yang tak sedih?Anak lelaki yang dijaga dan dibesarkan sehingga berjaya lebih mendengar cakap isteri berbanding ibunya sendiri.
Barang Dapur
Pernah juga saya ajak anak dan isterinya beli barang dapur, tetapi mereka tak bayar. Mereka ambil apa yang mereka mahu dan letak dalam troli. Akhirnya, saya yang terpaksa membayar kesemuanya. Mereka seperti mempergunakan saya, tetapi saya tak kisah.Bila saya buat kenduri arwah suami, si menantu cepat-cepat ajak suaminya balik ke kampungnya. Semua persiapan dari segi mengemas rumah dan memasak, saya yang selesaikan sendiri dan dibantu oleh dua anak perempuan yang lain.
Anak Mengamuk
Kini, anak lelaki saya itu sudah bergaji tetap. Mereka pindah keluar dari rumah tanpa memaklumkan kepada saya. Hati ibu mana yang tidak terasa?Bila saya bersuara, anak mula mengamuk dan isterinya pula menjadi batu api. Jujur saya makan hati, menangis dan hati saya benar-benar terluka.– Sumber: KRT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan